Trend Ayam Korean Spicy ni makin banyak di Malaysia, pelbagai restoran yang menyajikan menu seperti ini seperti Kyochon.
#EhApaCerita pon pernah makan sekali and memang suka dengan rasa pedas ayam korean spicy.
Bila Hanis Zalikha kongsikan resepi Ayam Korean Spicy di Insta Stories beliau, ramai yang cuba sendiri dan menjadi.
Hari ini #EhApaCerita akan kongsikan resepi viral Ayam Korea Spicy Hanis Zalikha. Nampak gaya macam simple, nanti boleh la #EhApaCerita cuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Untuk Perapan:
Ayam yang telah dibasuh bersih
Sedikit halia
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Untuk Salutan:
Tepung Gandum
Sos:
2 sudu kecil madu
2 cawan kicap soya
4 sudu besar gula perang
2 sudu besar serbuk cili
Cili kering
Bawang putih
Bijan
Kacang
Cara masakan :
→ Mula-mula basuh ayam sehingga bersih dan toskan hingga ayam tidak terlalu basah.
→ Perap ayam dengan halia, garam dan lada hitam selama lima minit.
→ Kemudian, salut ayam dengan tepung gandum.
→ Goreng ayam hingga garing.
→ Campurkan semua bahan untuk sos ke dalam kuali dan kacau bersama ayam goreng hingga rata.
→ Tabur bijan dan kacang.
Siap!
Simple kan?
Lepas ni korang boleh cuba sendiri. Tak perlu beratur panjang-panjang. Dari rumah pon dah boleh buat sendiri. Hehehe
Ada lagi resepi yang best? Kongsikan di komen di bawah ye.
Siap!
Simple kan?
Lepas ni korang boleh cuba sendiri. Tak perlu beratur panjang-panjang. Dari rumah pon dah boleh buat sendiri. Hehehe
Ada lagi resepi yang best? Kongsikan di komen di bawah ye.
No comments:
Post a Comment