Motor Tidak Dibenarkan Menggunakan Lorong Kecemasan - JPJ


"Motor Tidak Dibenarkan Menggunakan Lorong Kecemasan"

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman. 

Beliau menegaskan lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan. 



Larangan tersebut bukan sahaja dikenakan kepada kenderaan seperti kereta tetapi juga kepada penunggang motosikal. 

Tegas beliau, 

"Pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali"

Isu ini dibangkitkan semula kerana gara-gara viral sebuah video seorang lelaki yang menyokong kereta menggunakan lorong kecemasan dan mengundang kemarahan orang ramai dengan kenyataan, 

"Itu lorong kecemasan, bukan lorong motosikal. Motor tak ada hak nak marah kereta"

Rumit-rumit. Habis motor patut berada di lorong mana. Lepas ni kalau motor di lorong kiri, mungkin akan memperlahankan lalu lintas. Jika di lorong kanan, agak bahaya. 

Apa komen korang tentang isu ini?


Sumber : mstar online

No comments:

Post a Comment