Showing posts with label International. Show all posts
Showing posts with label International. Show all posts

Wanita Mengandung Bunuh Diri Setelah Dihalang Melahirkan Anak Secara Pembedahan

Akibat dihalang oleh keluarga untuk bersalin melalui pembendahan caesarean, seorang wanita yang sarat mengandung telah membunuh diri dengan terjun dari 15 tingkat bangunan hospital. 



Kejadian ini dikatakan berlaku di  Shaanxi, China. 

Sebelum ini, Ma yang berusia 26 tahun telah mengandung selama 41 minggu dan di hantar ke hospital. Setelah diperiksa, pihak hospital memberitahu keluarga Ma yang kepala bayi terlalu besar dan akan datangkan risiko jika bersalin secara normal. 

Walaupon pihak hospital telah menerangkan situasi tersebut kepada keluarga Ma, suami Ma iaitu Yan tetap ingin Ma bersalin secara normal dan tidak akan memberi keizinan pihak hospital untuk menjalankan pembedahan ke atas Ma.

Di negara China, hanya keluarga yang berhak memberikan keizinan untuk pesakit melakukan pembedahan. Jika tidak dapat izin keluarga, pembedahan tidak akan dilakukan.

Dari video cctv, memang jelas kelihatan Ma merayu kepada keluarganya untuk membenarkan dia melahirkan secara pembedahan Caesarean.



Akibat gagal memujuk keluarganya, Ma bertindak membunuh diri di hospital tersebut.

Kejadian ini menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati malah ada yang meluahkan hak sebagai seorang wanita. 

Sepatutnya wanita yang bersalin tersebut yang berhak menentukan sama ada dia akan bersalin normal atau Caesarean.

#EhApaCerita tak sangka kejadian sebegini pon berlaku. Tak pasal-pasal, ibu dan bayi mati akibat kedegilan keluarga sendiri. 

Apa komen korang?