Resepi Viral Ayam Korea Spicy Hanis Zalikha


Trend Ayam Korean Spicy ni makin banyak di Malaysia, pelbagai restoran yang menyajikan menu seperti ini seperti Kyochon. 

#EhApaCerita pon pernah makan sekali and memang suka dengan rasa pedas ayam korean spicy. 

Bila Hanis Zalikha kongsikan resepi Ayam Korean Spicy di Insta Stories beliau, ramai yang cuba sendiri dan menjadi. 

Hari ini #EhApaCerita akan kongsikan resepi viral Ayam Korea Spicy Hanis Zalikha. Nampak gaya macam simple, nanti boleh la #EhApaCerita cuba. 


Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk Perapan: 
Ayam yang telah dibasuh bersih 
Sedikit halia 
Sedikit garam 
Sedikit lada hitam 

Untuk Salutan: 
Tepung Gandum 

Sos: 
2 sudu kecil madu 
2 cawan kicap soya 
4 sudu besar gula perang 
2 sudu besar serbuk cili 
Cili kering 
Bawang putih 
Bijan 
Kacang

Cara masakan :

→ Mula-mula basuh ayam sehingga bersih dan toskan hingga ayam tidak terlalu basah.
 Perap ayam dengan halia, garam dan lada hitam selama lima minit.
→ Kemudian, salut ayam dengan tepung gandum.
→ Goreng ayam hingga garing.
→ Campurkan semua bahan untuk sos ke dalam kuali dan kacau bersama ayam goreng hingga rata.
 Tabur bijan dan kacang.

Siap!


Simple kan?


Lepas ni korang boleh cuba sendiri. Tak perlu beratur panjang-panjang. Dari rumah pon dah boleh buat sendiri. Hehehe


Ada lagi resepi yang best? Kongsikan di komen di bawah ye. 

No comments:

Post a Comment