Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

91 Pengantin Bakal Dapat Ganti Rugi - Kes Viral Wedding Planner Zurin Jundi


Susulan Kes Viral Wedding Planner Zurin Jundi, pihak Zurin Jundi mengadakan sidang media dan bertindak akan membayar ganti rugi kepada pelanggan yang tidak mendapat perkhidmatan memuaskan.

Menurut peguam yang mewakili pemilik syarikat tersebut, Muhamad Akmal Arif Shamsur Kahar, pihaknya akan bersedia berdepan dan berbincang dengan 91 bakal pengantin yang membuat laporan polis. 

 "Kepada 91 pelanggan itu, mereka boleh berbincang dengan pihak Zurin Jundi sama ada mahu meneruskan khidmat kami atau mengambil semula deposit mereka. "

Berikut adalah kenyataan dari peguam semasa sidang media :

1. Pihaknya akan membayar ganti rugi itu secara berperingkat-peringkat berikutan pihaknya masih membuat kiraan sebenar untuk tujuan itu.

2. Kira-kira 10 pelanggan sahaja yang mahu mengambil deposit dan selebihnya mahu menggunakan khidmat Zurin Jundi selepas mendengar penjelasan.

3. Perniagaan anak guamnya itu disabotaj oleh beberapa individu hingga menyebabkan perkara itu menjadi viral

4. Terdapat individu yang dikesan menyeleweng wang syarikat, sekali gus menyebabkan beberapa majlis pelanggan terjejas.

 "Pihak kami akan mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan, malah mereka yang bertanggungjawab memviralkan isu ini akan turut didakwa. "

5. Semua yang berurusan dengan Zurin Jundi boleh menghubungi pemiliknya sendiri 24 jam selepas sidang media itu selesai.


Isu Pelamin Seperti Reban Ayam

Isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana pihak pengantin bersetuju dan mengambil pakej RM10,000.

- Makanan untuk 1,000 orang tetamu
- Pelamin
- Meja Makan Beradab
- Baju Pengantin
- Pintu Gerbang
- Karpet Merah
- Solekan

Komen #ehapacerita tentang isu ini mungkin ada sedikit salah faham berkenaan pakej tersebut. Harap-harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. 



Sumber : Berita Harian